– – Masalah Disiplin Tempat Kerja

Date: 11 January 2024

Fees: RM690.00 nett

REMOTE Online Training (Microsoft Teams)

Akta Kerja (PINDAAN) 2022 & Tatacara Menangani Masalah Disiplin Tempat Kerja

Pengenalan:

Akta Kerja 1955 dan Pindaan Kerja Akta 2012 adalah merupakan perundangan utama yang mengawal selia hubungan majikan dan perkerja di sektor swasta. yang bertujuan menetapkan terma-terma perkhidmatan minima serta peraturan-peraturan asas yang perlu diikuti oleh majikan dalam menggaji pekerja. Akta ini memperuntukkan terma-terma minima kepada pekerja serta tanggungjawab majikan.
Adalah penting bagi setiap kakitangan yang bertanggungjawab dalam menguruskan isu-isu berkaitan sumber manusia mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam peruntukan-peruntukan Akta Kerja ini. Melalui pemahaman yang mendalam, mereka dapat memastikan kesilapan-kesilapan yang berkaitan terma-terma perkhidmatan kakitangan tidak dilakukan.
Selain itu, kursus ini akan membincangkan berkenaan pemakaian dan implementasi Akta Kerja 1955 termasuk pindaan yang telah mula berkuat kuasa pada1 Januari 2023. Di akhir kursus ini peserta akan berkebolehan untuk memahami dan melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta sejajar dengan pindaan terkini.

Objektif Kursus:

Setelah menghadiri kursus ini, peserta akan:
1. Mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam berkaitan peruntukan-peruntukan Akta Kerja 1955.
2. Memahami jenis kontrak perkhidmatan.
3. Mampu mengenal pasti percanggahan dalam terma- terma perkhidmatan yang tidak selari dengan peruntukan-peruntukan Akta Kerja 1955.
4. Berkebolehan menggubal dan melaksanakan polisi dan peraturan syarikat yang selari dengan peruntukan- peruntukan Akta Kerja 1955.
5. Memahami cara berkesan menangani prestasi lemah dan salah laku Pekerja.
6. Mengoptimakan penggunaan tenaga Pekerja selaras dengan kehendak Akta Kerja 1955.
7. Memahami dan mengetahui prosedur yang betul untuk menamatkan kontrak pekerja.
8. Mempunyai pengetahuan untuk memastikan prosedur penamatan kontrak pekerja adalah adil supaya tidak diketepikan oleh Mahkamah Industri.
9. Boleh menyediakan surat penamatan kontrak termasuk surat amaran dan dokumen Siasatan Dalaman.

Siapa Yang Patut Hadir Kursus Ini:
Semua pekerja swasta tanpa mengira jawatan termasuk yang bekerja di bahagian pengurusan, sumber manusia dan perhubungan perusahaan.

Metodologi:
Kandungan kursus ini adalah ceramah interaktif, perbincangan, penggunaan senario sebenar kes Industri, Latihan berkumpulan dan pembelajaran melalui pengalaman.
Contoh Surat – Surat HR bersama dengan Nota akan diberikan kepada peserta.
Ujian akan diberikan kepada peserta sebelum dan selepas kursus.

Kandungan Kursus:

Modul 1: MAKLUMAT KURSUS

• Memahami bahagian-bahagian penting berkaitan dengan Akta Kerja 1955
• Memahami Hak dan Kewajipan Pekerja
• Mengetahui Kewajipan Majikan terhadap pekerja

Modul 2: JENIS KONTRAK PEKERJA

Mengetahui jenis kontrak
• Kontrak untuk Perkhidmatan
• Kontrak Bagi Perkhidmatan
• Kontrak terma tetap [Fixed Term]

Modul 3: MEMAHAMI PROSEDUR DAN PROSES PENAMATAN KONTRAK PEKERJA

Displin di tempat kerja
• Memahami kenapa perlunya peraturan dan proses disiplin
• Proses dan prosedur disiplin untuk salah laku
• Memahami peraturan peraturan penting mengenai disiplin di tempat kerja

Memahami jenis-jenis salah laku
a) Ketidakhadiran [Absence without leave]
b) Lewat balik masa rehat / balik awal [Tardiness]
c) Kelewatan [late-comers]
d) Prestasi Lemah dalam keupayaan atau kelayakan [Poor performance]
e) Tidak turut arahan (Insubordination)
f) Ingkar (Disobedience)
g) Perbuatan jenayah

Modul 4: MEMAHAMI PRINSIP ATAU KEADAAN YANG MEWUJUDKAN SALAHLAKU

• Ketidakhadiran Tanpa Sebab
• Prosedur menguruskan rekod ketidakhadiran
• Memahami Dasar dasar ketidakhadiran
• Prosedur memberhentikan seseorang pekerja disebabkan ketidakhadiran tanpa sebab
• Fakta-fakta yang perlu diambil kira dalam proses penamatan kontrak pekerja.

Modul 5: SURAT AMARAN DAN SURAT TUNJUK SEBAB

  • Bilangan amaran yang perlu diberikan
  • Contoh surat amaran dan surat tunjuk sebab

Modul 6: KEUPAYAAN PRESTASI LEMAH (POOR PERFORMANCE)

  • Prinsip – prinsip Prestasi Lemah
  • Panduan untuk prosedur disiplin ke atas pekerja prestasi lemah
  • Memahami cara menguruskan pekerja prestasi lemah

Modul 7: PROSEDUR DAN PROSES PENAMATAN KONTRAK PEKERJA

• Pemberhentian Pekerja
• Fakta-fakta yang diambil kira sebelum proses penamatan kontrak
• Sebab-sebab Penamatan Kontrak
• Memahami penamatan kontrak perkhidmatan pekerja yang diperuntukkan di bawah Akta Kerja1955
• Notis Penamatan Kontrak / Penamatan Kontrak Dengan Notis / Penamatan Kontrak tanpa Notis
• Prosedur Penamatan kontrak tempoh percubaan
• Prosedur selepas tempoh percubaan

Modul 8: GANGGUAN SEKSUAL

• Definasi dan polisi
• Cara menangani isu tersebut
• Siasatan dan hukuman

Modul 9: ATURAN KERJA FLEKSIBAL (FWA)

• Jenis aturan kerja fleksibal
• Aplikasi dan terma

Modul 10: DISKIRIMINASI DALAM PEKERJAAN

• Jenis diskiriminasi
• Kesan diskiriminasi

Modul 11: LARANGAN BURUH PAKSA

• Indikator
• Perlindugan buruh
• Larangan amalan buruh paksa
• Hukuman berkenaan larangan buruh paksa

Biodata Trainer

Ms. Camen holds an Executive Human Resources Management qualification from SEGi College and MICLOH Consulting Group in 2023, an Advanced Human Resources Certification from Power Up Academy in the same year, and a Certification of Literature in Chinese from the University of Wuhan, China, in 2014. Additionally, she obtained a Bachelor’s Degree in Business (Hons) Hotel Management from Universiti Malaysia Sabah (UMS) between 2011 and 2014.

In the realm of professional qualifications, she holds several certifications: International Hypnotherapist Association (IHA) Certified Hypnotherapist in 2019, HRD Corporation Certified Trainer in 2022, and membership in the Malaysian Institute of Human Resource Management (MIHRM) since 2023. Moreover, Camen is the Vice Secretary of the Malaysian Young Movement (YMM) since 2023 and currently serves as the Secretary General of Junior Chamber International (JCI) Iskandar Puteri since 2024.

Camen’s journey in the field of Human Resources commenced at Hotel Jen Puteri Harbour, Johor, where she served as the Service Manager for Human Resources & Training for a commendable 4.5 years, spanning from 2014 to 2018. Subsequently, she joined UMLAND Hospitality Sdn Bhd in the capacity of Human Resources Manager, where she further honed her managerial skills over 1.5 years, from 2020 to 2021. She transitioned to AEM INTERNATIONAL SDN BHD, an entity owned by AEM Academies Pte Ltd, as a Human Resources Business Partner. Here, she continued to excel in her role for an additional 2 years, from 2021 to 2022.