SPRM lancar portal bahasa Mandarin 反贪会华语网站

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan portal dalam bahasa Mandarin, hari ini, bagi memenuhi keperluan masyarakat Cina mendapatkan maklumat mengenai pencegahan rasuah dan perkara berkaitan suruhanjaya itu.

Menurut suruhanjaya itu dalam satu kenyataan, portal berkenaan dilancarkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil.

“Kemudahan terbaru ini diharap dapat meningkatkan lagi keyakinan dan pengetahuan masyarakat Cina terhadap SPRM serta agenda antirasuah, di samping menyebar luas mesej pendidikan pencegahan rasuah,” katanya.

https://www.sprm.gov.my/cn/ 马来西亚反贪污委员会官方网站(反贪会)

Source: BH online